Calon bertanding Pilihan_raya_kecil_Bukit_Selambau_2009

Calon-calon DUN Selambau [4]
Nama calonPartiNama CalonParti
Datuk S. Ganesan Barisan Nasional-MICS. Manikumar Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Mejar (B) Anuar Abd. Hamid BEBASHusaini Yaakob BEBAS
Abdul Rahim Abu BEBASMohd. Fazil Abd. Wahab BEBAS
Radzi Md. Lazim BEBASKhamis Awang BEBAS
T. Chandrarajan BEBASM. Venason BEBAS
S. Moganakumar BEBASR. Loganathan BEBAS
L. Sarala BEBASA. Jayagopal BEBAS
Tan Hock Huat BEBAS

Calon Barisan Nasional

Pada 11 Februari 2009, UMNO Bahagian Merbok mencadangkan agar calon daripada UMNO dipilih. Ini kerana, MIC yang sudah bertanding selama 4 penggal didapati hilang pengaruh di kawasan itu. Ketua UMNO Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain mengatakan orang Melayu merupakan majoriti pengundi di kawasan itu dengan menyaksikan lebih 50% adalah pengundi Melayu.[5] Pada 15 Februari 2008 sumber-sumber MIC menyatakan bahawa kemungkinan V. Saravanan bekas ADUN Bukit Selambau dan juga ahli exco kerajaan negeri Kedah selama 13 tahun dari 1995 hingga 2008 mungkin dipertimbangkan dan beliau juga sanggup untuk menebus balik kerusi berkenaan.[6]

Pada 24 Februari 2009, Ketua Pemuda Parti Gerakan Kedah Tan Keng Liang berkata calon daripada MIC harus dipilih untuk bertanding sebagai menghormati persefahaman pembahagian kerusi pilihan raya sesama kompenan parti Barisan Nasional.[7]

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MIC Kedah, Datuk S. Ganesan dipilih sebagai calon Barisan Nasional pada 14 Mac 2009. Ganesan, merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas,[8]

Calon Pakatan Rakyat

PKR, DAP dan PAS pada awalnya mahu calon mereka diletakkan di situ. PKR mengatakan ia merupakan kerusi mereka pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 manakala DAP megatakan ia merupakan kerusinya pada 2004 dan sebelumnya.[9] Namun, pada 15 Februari 2009, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata calon akan ditentukan oleh PKR kerana mengatakan ia kuota PKR.[10]

Pada 20 Mac 2009, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan S. Manikumar sebagai calon PKR. Manikumar merupakan seorang ahli perniagaan syarikat antarabangsa, lulusan Universiti Utara Malaysia (UUM) fasih pelbagai bahasa. Beliau adalah antara empat calon akhir yang telah disenarai pendekkan. Nama-nama lain ialah Dr.R.Krishnanmoorthy, Sri Thrn dan S.Masilamani.[11]

Calon lain

DUN Bukit Selambau telah menarik minat orang ramai terutama kaum India untuk menjadi calon Bebas. Ini kerana mereka menganggap calon yang menang dari kaum India mungkin akan menjadi Exco kerajaan negeri. Antara yang menyatakan hasrat untuk bertanding adalah:

  • L. Sarala - merupakan bekas ketua wanita PPP dan menjadi corang pertama yang menawarkan diri sebagai calon pada 14 Februari 2009.[12]
  • M. Kanapathy - menyatakan hasrat pada 11 Februari 2009, tetapi menarik diri pada 15 Februari 2009.[13]
  • R. Loganathan - seorang ahli perniagaan [13]
  • M. Venason - seorang ahli perniagaan dari Taman Batik, Sungai Petani menawarkan diri pada 7 Mac 2009 [14]
  • T. Chandrarajan - seorang ahli perniagaan [15]
  • RPS Kalaimani - seorang pelakon drama Tamil, menawarkan diri pada mulanya tetapi telah menarik diri [15]
  • S.Moganakumar - bekas pembantu khas V. Arumugam [15]
  • Datuk Thasleem Mohd Ibrahim - seorang ahli perniagaan dari Perak yang juga bekas Penasihat Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) menawarkan diri pada 21 Februari 2009.[16]
  • Mejar (B) Anuar Abdul Hamid - pesara tentera yang terlibat dalam pelbagai kegiatan masyarakat selain bekas ahli UMNO.
  • Zaharan Dato' Paduka Abdullah - seorang ahli perniagaan, berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Awam dari UUM.
  • Husaini Yaacob - Yang Dipertua Persatuan Pengusaha Kuari Kedah/Perlis [15]
  • Mohd Fazil Abdul Wahab
  • Mohamad Radzuan Mat Isa - bekas Ketua Cawangan Parti Keadilan Rakyat Zon Mawar, bekas anggota jawatankuasa PKR Bahagian Merbok dan pembantu khas kepada anggota Parlimen Merbok [15] Namun, beliau menarik diri seterusnya menyatakan sokongan padu kepada calon PKR.[17]
  • Tan Hock Huat - bekas Ketua Pemuda Parti Gerakan Bahagian Sungai Petani yang menawarkan diri pada 9 Mac 2009.[18]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pilihan_raya_kecil_Bukit_Selambau_2009 http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php...